Assalamualaikum, Para pendidik dan kakitangan SK Masjid Baru sekelian, Zaman telah berubah. Sebagai pendidik kita seharusnya peka terhadap perubahan-perubahan ini. Apa yang kita lakukan 10 tahun atau 20 tahun yang lalu mungkin sudah tidak lagi selaras dengan kehendak pendidikan sekarang ini. Kita seharusnya berubah, merancang dan bertindak seperti kehendak dan keperluan pendidikan semasa. Kejayaan SK Masjid Baru pada masa akan datang akan bergantung kepada bagaimana dan berapa cepat kita bertindakbalas terhadap masalah-masalah / isu-isu yang timbul dari perubahan ini. Paling penting, kita perlu ada wawasan, persefahaman dan iltizam sebagai satu kumpulan bagi menjayakan apa yang dirancang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan idea dan tenaga dalam menghasilkan Portal Web SK Masjid Baru. Semoga SK Masjid Baru diiktiraf sebagai sekolah cemerlang menjelang 2010. “Usaha Jaya Cita Mulia” Yang Ikhlas. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Masjid Baru 77100 asahan Melaka. |