ASAHAN
JASIN, MELAKA
77100 MALAYSIA.
Tel: 065229098
Search: 
SK MASJID BARU

Profil Sekolah


 

           Sekolah ini terletak berhampiran dengan pekan Nyalas, Pekan Asahan dan Pekan Simpang Bekoh dalam kawasan Jasin. Jaraknya dari Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah ialah 53 kilometer. Sekolah ini terletak berhampiran dengan pekan Nyalas, Pekan Asahan dan Pekan Simpang Bekoh dalam kawasan Jasin. Jaraknya dari Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah ialah 53 kilometer.

           Pada mulanya sekolah ini dibina atas insiatif penduduk kampung dan masyarakat setempat secara bergotong-royong.Bentuk bangunannya empat segi dan berukuran 60 X 30 kaki. Tiangnya diperbuat daripada kayu-kayu bulat yang diambil dari dalam hutan berhampiran. Dindingnya pula adalah daripada papan dan hanya bahagian bawah sahaja yang berdinding. Atapnya adalah atap rumbia dan hanya berlantaikan tanah sahaja.

            Dalam tahun 1958 bangunan asal sekolah ini telah dirobohkan dan sebuah bangunan yang mengandungi 2 bilik darjah telah dibina. Tahun 1960 bangunan baru sebagai tambahan telah dibina. bangunan ini mengandungi 4 bilik darjah. Bangunan ini telah dibina kerana telah terdapat pertambahan bilangan murid. Tahun 1981 menyaksikan sebuah bangunan baru lagi telah dibina. Bangunan ini mengandungi 3 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru, perpustakaan, pusat sumber dan tandas guru lelaki serta guru perempuan. Bangunan tersebut siap dibina sepenuhnya pada tahun 1982.

           Tahun 1990 sebuah lagi bangunan iaitu Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah didirikan di dalam kawasan sekolah ini. PKG ini menampung 14 buah sekolah. PKG ini adalah pusat latihan bagi guru-guru dalam kawasan ini. Tahun 1994 sebuah bangunan pentadbiran didirikan. Bangunan ini mengandungi Pejabat, Bilik Guru Besar, Bilik Guru Besar, Bilik Gerakan (GURU) dan tandas kakitangan. Dengan adanya bangunan ini proses pentadbiran telah dapat dilakukan dengan lebih licin dan mantap.

            Sekolah Kebangsaan Masjid Baru ini pernah memenangi Anugerah Sekolah Harapan NegaraPeringkat Negeri Melaka pada Tahun 1998 dan Peringkat Kebangsaan pada tahun yang sama bagi kategori Sekolah Luar Bandar

 
 
Sekolah Kebangsaan Masjid Baru telah diasaskan pada 19 Januari 1952. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Pondok Batang. Ketua masyarakat yang mengasaskan sekolah ini ialah Allahyarham Dato' Sidang Baba b.Ali. Guru Besar yang pertama ialah Tn.Hj. Abdullah b. Hj. Insu. Bermula 21 Januari 1953, nama asal sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Masjid Baru mengambil nama sempena dengan nama kampung di mana letaknya bangunan sekolah ini
 
 

 VISI SEKOLAH

Menjadikan SKMB cemerlang menjelang tahun 2010

 
MISI SEKOLAH

Cemerlang dalam akademik melibatkan semua pelajar dalam bidang kokurikulum, pembentukan sahsiah dan displin pelajar yang terpuji, keadaan persekitaran yang kondusif, sistem pengurusan dan pentadbiran yang berkesan serta kerjasama yang sepenuhnya dengan komuniti setempat

 
 

 

LOGO

 

·        Kapal Layar    melambangkan murid-murid akan menempuh pelbagai rintangan untuk mencapai cita-cita

·        Alat kemudi  -  pentadbir dan guru-guru membawa  murid-murid ke arah mencapai misi dan visi sekolah

·        Warna biru  -  sikap bersatu pada warga sekolah

·        Merah  -  keberanian dan kekuatan luaran dan dalaman untuk menangkis cabaran yang mendatang

·      Putih  -  bersih, kesucian hati diselarikan dengan sikap sederhana dalam semua hal 

 

 

Kami, Murid-murid Sekolah Kebangsaan Masjid Baru

Sebagai Seorang Rakyat Malaysia

Dengan Penuh Keazaman dan Kesedaran

Berikrar

1. Akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran

2. Patuh kepada peraturan - peraturan sekolah

3. berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan di dalam apa jua bidang yang kami ceburi

4. Berakhlak mulia dan berdisplin

5. Menghormati guru, ibu bapa dan rakan-rakan sebaya

6. Menjadi murid yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga nama baik sekolah, guru, ibubapa dan keluarga

7. Menjunjung prinsip-prinsip rukun negara pada setiap masa



Created by Edunet.com.my & SK MASJID BARU
|||===>>> Sekolah Kebangsaan Masjid Baru
ASAHAN JASIN
MELAKA, 77100 MALAYSIA.